September 25, 2016

Cara membuat tuntutan dari PruBSN Takaful Bhd (Claim Process)

Assalammualaikum,
Ada beberapa cara untuk membuat tuntutan takaful PruBSN anda mengikut kondisi-kondisi tertentu.. Saya senarai kan 7 tuntutan yang biasa di buat oleh pemegang-pemegang polisi.
Saya mahu tekan kan, sila pastikan borang- borang perubatan yang penting sentiasa sudah bercetak di dalam simpanan anda. Ini bagi memudah kan doktor yang merawat mengisi borang tersebut dan tidak perlu menunggu borang tersebut di hari- hari akhir anda discharge dari hospital. Doctor kan sibuk sentiasa :)
Anda boleh mendapatkan borang - borang tersebut melalui ejen, di laman PruBSN sendiri atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.
Setelah lengkap semuanya, anda boleh lah serah kan kepada ejen anda atau ke kaunter Prudential sendiri. 



1- Claim Hospital Alliance Services (HAS
Anda hanya perlu menunjukkan kad kesihatan anda di panel hospital. Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, tetapi ia akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Deposit hospital masih perlu di bayar mengikut kadar hospital tersebut.
Untuk 3 bulan pertama dari tarikh polisi, Client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement). Segala tuntutan penyakit akan diluluskan berdasarkan tempoh menunggu.
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan,hanya kemalangan sahaja.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon ejen anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada ejen yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan ejen anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.



2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)
Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Saranan saya, sebelum discharge keluar dari hospital, pastikan borang-borang laporan perubatan yang perlu diisi oleh doctor yang merawat sudah di cetak.
Anda boleh mendapatkan borang - borang tersebut melalui ejen, di laman PruBSN sendiri atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)
Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Saranan saya, sebelum discharge keluar dari hospital, pastikan borang-borang laporan perubatan yang perlu diisi oleh doctor yang merawat sudah di cetak.
Borang laporan perubatan boleh didapati di laman web PruBSN Takaful atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Critical Illness (CI)
Sekiranya anda di diagnos mempunyai salah satu daripada 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat tuntutan Critical Illness. 
Saranan saya, sebelum discharge keluar dari hospital, pastikan borang-borang laporan perubatan yang perlu diisi oleh doctor yang merawat sudah di cetak.
Borang laporan perubatan, borang tuntutan critical Illness boleh didapati di laman web PruBSN Takaful atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

5- Claim Accident (Medical/ MC)
Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.
Borang laporan perubatan boleh didapati di laman web PruBSN Takaful atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

6- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada ejen atau PruBSN.

7- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)
Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

Sila pastikan semua tuntutan dibuat dalam tempoh yang diberikan mengikut setiap kategori. Anda boleh baca buku polisi anda untuk mengetahui tempoh sebenar.

Yang benar, 
your takaful advisor
PruBSN Takaful
011-27306504

No comments: